Monday, March 8, 2010

Urusan Harta Pusaka di Pejabat Tanah

aslkm pembaca, Saya telah hantar permohonan menuntut harta pusaka (hp) arwah nenek dan ibu saya pada sekitar 2 Mei 2009. Itu pun setelah timbul kesedaran dan faham tentang hukum harta pusaka. Lagi lama hp tidak diselesaikan maka lagi lama lah arwah akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan di atas segala masalah yang timbul terhadap harta tersebut. Dengan kata lain, segala perselisihan/dosa yang timbul akibat dari masalah hp tersebut akan ditanggung oleh arwah. Kesian arwah. Sudahlah tinggalkan harta untuk kesenangan waris-waris tapi kena tanggung pulak dosa bukannya dapat pahala. Bayangkan nenek pergi pada tahun 1984 (25 tahun) dan ibu pergi 2004 (5 tahun). Lama mereka menanggung tanggungjawab tersebut. Alhamdulillah, berkat mendalami ilmu hp, saya telah usaha untuk menyelesaikan pewarisan harta mereka secepat mungkin. Itu pun masa yang diambil untuk mendapat bicara kuasa pada 18 Nov 09. Lebih kurang 6 bulan setengah baru dapat tarikh bicara kuasa di Pejabat Pusaka Kecil.Masih dibawah kadar lama < RM600,000. Biasanya dulu sekitar 3 ke 4 bulan saja. Selepas September 09, < RM2 Juta. Lagilah lama masa untuk selesaikan hp. Nak saya bantu call 0133976548 @ email: aezmans@yahoo.com.my Insyaallah, kita dapat bantu arwah-arwah yang sentiasa mengharapkan ketenangan di alam Barzakh. Wallahu 'alam

Monday, October 26, 2009

Perkhidmatan Penyelesaian Harta Pusaka Islam

Penyelesaian harta pusaka merupakan satu tanggungjawab yang perlu disegerakan oleh pihak waris untuk menyelematkan mereka dan lebih-lebih lagi simati daripada menanggung dosa sekiranya ada waris termakan hak waris yang lain secara sedar atau tak sedar. Lebih-lebih lagi sekiranya waris bergaduh dan putus silaturrahim di sebabkan tamak atau tidak tahu hak bahagian masing-masing. Untuk mengurangkan risiko tersebut, kami sedia menjadi penasihat kepada waris-waris agar pewarisan harta simati dapat di laksanakan secara maaruf seperti mana yang dituntut oleh Islam.
Hubungilah kami agar kami dapat membantu anda melalui proses tuntutan harta pusaka yang memakan masa yang lama, rumit dan melecehkan. Biasanya memerlukan kos yang tinggi sekiranya kita tersilap langkah.

Sunday, February 8, 2009

islam yang syumul











Sebelum berhijrah ke dunia Syariah untuk mengamalkan Islam secara Syumul(keseluruhan), saya terlibat didalam perbankan secara konvensional selama belasan tahun. Lama hati ini memberontak untuk keluar dari bergelumang dengan najis Riba yang mana dosanya seperti yang telah di ketahui adalah sangat besar tapi segala usaha memohon kerja untuk berhijrah ke sistem secara Islam gagal tanpa diberitahu apakah kekurangan pada diri ini. Padahal bank yang saya masih bertugas ketika itu meletakkan kepercayaan yang tinggi pada diri ini hinggakan di naikkan pangkat demi pangkat hingga ke Pengurus Cawangan di salah sebuah ibu negeri di pantai timur. Banyak kali permohonan yang dibuat tidak dipanggil langsung temuduga. Kecewa rasanya. Memang tidak ada niat langsung untuk keluar dari industri perbankan kerana takut segala ilmu yang telah di perolehi tersia-sia begitu sahaja bila tidak di praktikkan. Tapi apakan daya takdir telah menentukan saya akan keluar juga dari industri perbankan (konvensional) ketika itu dan beralih ke industri pelaburan secara Syariah.Mudah mudahan itulah caranya Allah ingin menyelamatkan saya dari berterusan dengan dosa Riba. Allah telah menggerakkan hati ini bertukar ke dunia pasaran saham secara syariah. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya agak tergugat juga iman ini kerana selama 6 bulan pertama tidak ada pendapatan langsung yang masuk. Sebelum masuk ke dunia saham, ada juga kawan-kawan yang berjanji untuk menyokong memberi sedikit ‘business’ tapi harapan tinggal harapan saja. Rupanya orang yang tidak dijangka yang telah menyokong untuk saya terus kekal dalam industri ini. Banyak juga cabaran dan dugaan bila mahu mencari yang berkat. Seperti biasa bagi ‘business’ yang baru, komisen yang masuk pada awalnya memanglah sedikit. Tapi lama kelamaan hasilnya cukup lumayan. Susah juga bila Allah uji dengan kemewahan. Iman sekali lagi tergugat.Kali ini di uji dengan kemewahan pula. Mudah lupa diri.Banyak pembaziran.Tidak sedar hati dan mulut selalu riak dan meninggi diri. Surau pun sudah tidak di endahkan lagi. Seolah olah sudah hilang pergantungan dengan kuasa yang memberi rezeki. Allah maha berkuasa. Sekelip mata saja Allah tarik balik rezeki yang telah diberikan. Bila berlaku pemecatan Mufti Selangor dalam tahun 1997, Allah telah menurunkan Balanya dengan menimbulkan krisis kewangan dan di ikuti dengan pemecatan Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 dan terus berlakulah krisis keyakinan terhadap pasaran saham kita. Banyak harga-harga saham seperti sudah tidak ada nilainya lagi. Habislah segala saham yang telah dikumpulkan melalui komisen yang diperolehi sebelum ini. Panik juga di buatnya sebab beratus ribu hilang sekelip mata. Barulah sedar seolah-olah terjaga dari mimpi yang ngeri. Hati mula berkata apakah salahku ya Allah. Rupanya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mulalah dengan bermuhasabah diri. Cari kesilapan dan cuba koreksi diri. Alhamdulillah, nasib baik tidak semua wang yang terkorban dalam pasaran saham. Berkat memenuhi hajat ibu dan ayah untuk memperbaiki rumah, mereka telah menukarkan nama mereka kepada nama saya bagi geran tanah mereka. Ada juga nilainya sekiranya dijual kelak. Kalaulah dibelikan saham dulu, mungkin habis tidak bernilai lagi. Allah masih sayangkanku lagi. Dalam keadaan yang sulit, ramai Remisier yang terpaksa ‘gulung tikar’.Ramai yang mengeluh komisen sangat kurang.Tapi Allah telah menggerakkan hati beberapa pelangganku yang tegar dalam pasaran saham. Alhamdulillah, dapatlah aku mengumpul semula komisen untuk aku jelaskan hutang sebuah kereta dan selepas itu rumah pula. Tapi akhir-akhir ini setelah berlakunya berbagai kegawatan ekonomi dalaman dan juga secara global, pasaran saham yang terus tidak bermaya telah menyebabkan ramai pelangganku dinasihatkan menjauhkan diri dari pasaran saham. Aku terpaksa bertindak ikhlas kerana tidak mahu mereka berterusan rugi. Tindakan begitu telah menyebabkan aku hilang ‘business’ kini hampir setahun dan ini telah menyebabkan aku bertukar kepada industri baru iaitu Perancangan dan Pewarisan Harta yang berkonsepkan Syariah. Sapertimana payahnya Takaful ketika mula mula diperkenalkan dulu, begitu jugalah industri baru yang penting ini. Ramai yang akui perkhidmatannya bagus tapi respon masyarakat masih lembab seolah-olah ianya tidak penting. Banyak usaha dan strategi yang perlu ditingkatkan untuk terus menyedarkan masyarakat di sertai dengan kesabaran yang tinggi di dalam memberikan penerangan demi penerangan tanpa rasa jemu dengan meletakkan niat untuk menunaikan tuntutan fardhu kifayah di hadapan. Kalau nak di ikutkan hati sudah lama ditinggalkan kerja yang mencabar ini. Lagipun imbuhannya kadang-kadang tidak berbaloi dibandingkan dengan masa dan kos yang perlu dikeluarkan. Bila di renungkan kembali seolah-olah Allah telah menggerakkan hati ini supaya terus memperjuangkan industri ini kerana ia ada kaitan dengan Ilmu Faraidh yang mana Nabi pernah bersabda yang ilmu ini akan mula-mula dicabut dari umat ku.Ilmu Faraidh adalah kunci kepada Perancangan Harta. Walaupun perjuangan ini tidak semudah yang disangkakan, saya sentiasa berdoa agar Allah akan membukakan laluan yang mudah untuk masyarakat menerimanya suatu hari nanti. Paling tidak aku telah menjalankan tuntutan fardhu kifayah. Di dalam kepayahan mencari rezeki masa ini, timbul pula isu boikot barangan Yahudi dan masalah halal haram dalam produk makanan dan produk harian. Maka seterusnya Allah telah menggerakkan hati ini untuk memperjuangkan barangan yang halal lagi suci ini. Setelah dibuat analisa, maka Syarikat HPA lah yang dirasakan paling Islamik yang hampir kepada tuntutan syara’. Saya telah berazam dengan keluarga untuk menukarkan segala produk harian dan makanan di rumah kepada yang sah halalnya atau yang bukan buatan Yahudi sahaja sekiranya ada alternatif. Mudah mudahan niat suci untuk mengajak umat Islam beramal dengan Islam yang syumul akan tercapai. Insya Allah pahala dapat dan rezekipun dapat. Harapanku agar umat Islam bersangka baik dengan sesiapa juga yang cuba memperjuangkan sesuatu yang dituntut oleh agama. Janganlah cepat bersangka buruk. Kalau tidak ada yang mengusahakannya, adakah kita mahu orang kafir yang menjual barangan Islam kepada kita. Sudah tentu kita tak mahu itu terjadi. Oleh itu, kikiskanlah sifat mazmumah dari hati kita semoga bisikan-bisikan syaitan akan dapat kita atasi dan terus memperkukuhkan ekonomi umat Islam. Selain daripada apa yang telah diperkatakan, saya telah awal-awal lagi tukar akaun bank saya kepada sistem Syariah. Begitu juga dengan Takaful untuk kereta dan rumah. Alhamdulillah, apa yang diperjuangkan di fahami oleh anak-anak yang telah dibekalkan dengan sedikit pendidikan Islam ketika di bangku sekolah lagi. Mengenai pendidikan pula, pada awalnya saya sangat khuatir untuk hantar ke sekolah agama rakyat kerana khuatir mereka tak mampu belajar dengan matapelajaran yang sangat banyak. Tapi alhamdulillah semuanya berjaya juga ke pusat pengajian tinggi. Yang sulong, baru saja tamat dari Universiti Al Azhar, Mesir dalam bidang Syariah. Yang kedua di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang perubatan moden dan akan dibekalkan juga dengan perubatan Islam dan yang bongsu baru sahaja dalam semester 1 di Universiti Darul Iman, Terengganu dalam bidang Syariah. Mudah mudahan apa yang di cita citakan tercapai semoga Allah meredhai apa jua gerak hati dan langkah seterusnya. Syukran Jazilan kerana memberikan sedikit masa untuk membaca dan memahami perjuangan ini. Sekian, wallahu a’lam.

Saturday, January 31, 2009

KELUHAN HATI


assalamu'alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,

Saya sekadar ingin meluahkan perasaan bagaimana payahnya berjihad di jalanAllah. Kadang-kadang terasa sedih sangkaan masyarakat terhadap apa yang hendak di sampaikan. Walaupun niat asalnya ingin menyampaikan da'wah untuk mengajak umat Islam beramal dengan Islam yang syumul, tapi bila ada unsur-unsur yang memerlukan wang dibelanjakan, maka masyarakat akan memandang serong. Walaupun apa yang nak disampaikan sangat berguna untuk mengelakkan masyarakat tersilap langkah dan mengajak umat Islam dengan kaedah yang lebih di redhai Allah.Untuk menyelamatkan umat Islam dari persoalaan Yaumul Mahsyar

Friday, January 30, 2009

ILMU FARAIDH SEBAGAI KUNCI PERANCANGAN HARTA




Assalamualaikum wrt. wbt.,

Di dalam sebuah Hadith Sahih, Nabi ada bersabda yang maksudnya berbunyi "Pelajarilah Ilmu Faraidh dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati.Ketika itu akan berlakulah dua orang yang akan berselisih faham tentang harta pusaka tapi tidak ada orang yang dapat menyelesaikannya." Di atas maksud hadith tersebut, yakinlah bahawa nabi menyeru dan memberi penekanan supaya umat Islam mengambil berat tentang ilmu faraidh bukan sekadar untuk mengetahui tentang ilmu nasab dan pembahagian serta pengiraan harta sahaja tapi yang pentingnya untuk mengelakkan umat Islam dari termakan harta yang batil iaitu harta waris lain, harta anak yatim dan hak simati. Hukum termakan hak orang terutamanya anak yatim adalah berat siksaannya. Ibarat memakan ketulan api neraka. Bagi yang mengambil cuma sejengkal dari tanah jirannya pun siksaannya adalah sangat berat. Tanah kubur kiri dan kanan akan menghimpit kedua tulang rusuk hingga berkecai. Begitulah dahsyatnya siksaan bagi mereka yang memakan harta yang batil. Dan sekiranya kita benar-benar yakin dengan hadith tersebut maka marilah kita mengambil langkah yang proaktif untuk memulakan langkah yang pertama bagi kita menyelamatkan diri kita dan waris tersayang dari terjebak dengan dosa yang akan dibebankan atas bahu kita kelak ketika di 'Yaumul Mahsyar'. Oleh itu dapatkanlah maklumat yang telus supaya segala harta anda dapat di wariskan dengan mudah, tepat, cepat dan selamat. Dan segala hutang simati dapat diselesaikan secepat mungkin.Ketahuilah bahawa Harta Beku Negara kini telah meningkat lebih dari RM40 Billion dan elakkanlah harta anda juga akan menyumbang terus kepada peningkatan harta beku ini. Ketahuilah juga bahawa proses tuntutan harta pusaka adalah sangat rumit, memakan masa dan juga mahal kalau tersilap langkah.

Wassalam.

Dilema Harta Pusaka



ADAKAH ANDA JUGA MAHU HARTA ANDA MENYUMBANG KEPADA HARTA BEKU NEGARA YANG KINI SUDAH MENINGKAT LEBIH DARIPADA RM40 BILLION? JANGAN SIA-SIAKAN SEGALA USAHA ANDA MENGUMPUL HARTA YANG AKHIRNYA MUNGKIN TIDAK DAPAT DIWARISI OLEH MEREKA YANG DIKASIHI. JANGAN AMBIL RISIKO DAN SEGERALAH BERTINDAK AMBIL LANGKAH PERTAMA DENGAN MENGHUBUNGI PERUNDING ANDA BAGI MENDAPATKAN PENJELASAN. SELAMATKAN DIRI ANDA DAN WARIS-WARIS ANDA DARI TERJEBAK DIDALAM DILEMMA HARTA PUSAKA YANG SANGAT MERUMITKAN . MUDAH MUDAHAN SELAMAT DUNIA & AKHIRAT.

SELAMAT MEMBACA

MUKADDIMAH


Masalah harta pusaka telah beberapa kali diperbincangkan melalui seminar-seminar di sana sini dengan pembentangan resolusi yang panjang lebar untuk pihak yang berwajib mengambil tindakan tapi hingga ke hari ini saperti masih belum mendapat apa-apa kesan yang positif. Kayu pengukurnya adalah daripada statistik jumlah Harta Beku Negara yang kini telah menjangkau RM42 Billion setakat ini. Satu angka yang sangat membimbangkan kerana jika peningkatannya berterusan maka akan memberi kesan yang negatif kepada ekonomi umat Islam itu sendiri. Bayangkanlah, daripada jumlah tersebut, RM38 Billion terdiri daripada Harta Tak Alih, RM1.5 Billion wang tunai terkumpul (tidak di tuntut) di ‘Unclaimed Money Registrar’ dan RM70 Juta wang tunai tidak dituntut di KWSP. Pernahkah kita terfikir kenapa masalah ini masih berlarutan seolah-olah ia tiada penyelesaian. Mungkinkah ia melibatkan sikap orang kita sendiri yang suka berlengah dan bertangguh hingga tuntutan harta pusaka yang rumit menjadi bertambah rumit. Mungkinkah ramai yang masih tidak faham tentang hukum, wajibnya menyelesaikan pewarisan harta pusaka dengan segera atau mungkin di atas sebab-sebab lain seperti waris-waris tidak mahu bersepakat, tidak tahu saluran yang betul atau tidak pro aktif disebabkan ceteknya pengetahuan dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka itu sendiri. Selain dapada itu, mungkin masyarakat Islam masih kurang pendedahan tentang proses tuntutan harta pusaka itu sendiri dan juga pihak yang berwajib tidak dapat memainkan peranan membantu umat Islam memudahkan urusan mereka dengan kaedah yang lebih ‘personalised’. Tidak dapat disangkalkan juga mungkin ini adalah kesan daripada umat Islam yang memandang ringan dan mengabaikan pentingnya mempelajari Ilmu Faraidh yang telah disarankan oleh Rasulullah sendiri lebih 1400 tahun yang lalu. Nabi juga ada berpesan melalui khutbah terakhir baginda di padang Arafah mengenai Harta sebagai amanah suci yang hendaklah dikembalikan kepada mereka (waris) yang berhak. Dan juga ramai yang tidak sedar yang mereka terjebak dengan badan-badan yang mengenakan yuran yang tinggi dalam mengurus dan mentadbir harta pusaka dan kesannya ramai yang tidak mampu dan akhirnya terus membiarkan masalah tergantung tanpa penyelesaian. Oleh yang demikian, perkara ini mestilah diambil perhatian yang serius supaya segala apa yang kita usahakan siang dan malam mengumpul harta dapat diwarisi oleh waris-waris yang tersayang dengan mudah,cepat dan selamat.


OBJEKTIF


Menyediakan perkhidmatan secara Peribadi (‘Personalised Service’) untuk Pentadbiran dan Pengurusan Harta Pusaka secara Syariah dengan memastikan segala hutang pelanggan diselesaikan dengan secepat mungkin selepas kematiannya dan membantu menguruskan pewarisan harta pusakanya dari mula hingga akhir untuk diwarisi oleh waris-waris yang berhak. Juga menyediakan dokumen-dokumen perancangan harta bagi memenuhi hasrat umat Islam yang mahu mewariskan harta mereka secara mudah,cepat, tepat dan selamat mengikut formula sendiri.


RASIONAL


1. Dengan membuat dokumen perancangan harta, kita dapat membebaskan fikiran dari dibelenggu dengan berbagai permasaalahan harta yang bermain di kepala.Ini adalah kerana segala hasrat pewaris akan dapat dilaksanakan, insyaallah.Waris juga tidak akan dibebankan dengan kos yang tinggi kerana adanya sistem Khairat Pusaka. Hutang simati juga akan dapat dijelaskan dengan segera.


2. Pihak kami akan menjadi penasihat kepada waris-waris agar risiko perselisihan faham dalam perebutan harta pusaka dapat dikurangkan. Ini akan mempercepat proses tuntutan harta pusaka yang sudah menjadi tuntutan wajib bagi semua umat Islam. Mudah mudahan kita akan terlepas dari persoalan ini di ‘Yaumul Mahsyar’ kelak.


3. Waris-waris tidak perlu risau untuk memikirkan apa yang perlu dibuat, bagaimana nak dimulakan,kemana harus pergi dan apakah proses yang akan di lalui.


4. Waris-waris tidak perlu membuang masa dan risau untuk mengambil cuti serentak bagi membuat urusan dengan berbagai agensi yang terlibat, tak perlu pening kepala untuk mengisi berbagai borang yang diperlukan dan tak perlu menyiksakan diri menunggu giliran untuk berjumpa pegawai-pegawai yang terlibat.


5. Dapat mengelakkan waris bertangguh dalam memulakan proses tuntutan kerana pihak kami yang akan bertindak ‘pro aktif’ untuk memastikan Wasi bertindak mengikut arahan.


6. Kami menawarkan perkhidmatan komprehensif Syariah dan ini yang membezakan perkhidmatan kami dengan agensi-agensi lain. Mudah mudahan dengan mengikut cara yang Islamik ada nilai keberkatannya dan diberi ganjaran pahala yang besar, insyaallah.


MODUS OPERANDI


Apabila seseorang itu bersetuju melanggan perkhidmatan yang di tawarkan, pelanggan hendaklah mengisi borang pendaftaran dan borang (Pelantikan Wasi/Wasiat Islam) dengan membayar:


Yuran pendaftaran sebanyak Rm450-00 sahaja.(bagi Harta Pusaka Kecil bawah RM2 Juta). Bagi tahun kedua seterusnya, yuran tahunan Khairatnya adalah RM150-00.Kos maksima tanggungan adalah RM10,000-00 jauh melebihi yuran maxima yang perlu dibayar.


Bagi Harta Pusaka Besar, pendaftarannya adalah RM750 dan yuran tahunan khairatnya bagi tahun kedua seterusnya adalah Rm250-00 setahun.Kos maksima tanggungan adalah RM20,000-00. Jauh lebih banyak dari jumlah maxima yang perlu dibayar.


Pihak kami akan menyediakan Dokumen Pelantikan Wasi dengan mendaftarkan nama orang yang telah dilantik untuk mentadbir harta pusaka selepas kematiannya dan juga dokumen wasiat Islam (untuk amal jariah) sekiranya ada.Bagi seorang Wasi, beliau mestilah seorang yang amanah, pro aktif dan tahu apakah tanggungjawabnya untuk menunaikan hasrat simati. Selain daripada itu,pelanggan hendaklah menyenaraikan segala hartanya (‘Private & Confidential’) di dalam dokumen tersebut supaya mudah diuruskan tuntutan harta pusaka dengan segera selepas berlaku kematiannya. Perunding tidak perlu tahu senarai harta pelanggannya. Hutang juga perlulah di senaraikan (P&C) jika ada, supaya mudah dijelaskan dengan segera selepas kematian. Hutang wajib diselesaikan segera supaya roh tidak tergantung. Selepas berlakunya kematian, pihak waris mestilah menghubungi kami supaya pihak kami dapat menghantar pegawai untuk membacakan khutbah harta dan pesanan-pesanan yang telah di dokumenkan kepada waris-waris yang telah dihimpunkan. Pihak kami akan membantu Wasi melalui proses tuntutan harta pusaka dari mula hingga selesai.


DOKUMEN-DOKUMEN PILIHAN


Klausa Pesanan-Pesanan Lain Percuma


Klausa Cara Pembahagian Harta RM250-00


Harta Sepencarian RM500-00


Hibah Ikut skala sedia ada


Pelantikan Pemegang Amanah Ikut skala sedia ada


KETERANGAN PRODUK


Klausa Pesanan-Pesanan Lain


Pesanan-pesanan umum yang ingin di sampaikan kepada waris-waris setelah kematian.


Klausa Cara Pembahagian Harta


Pesanan pembahagian untuk harta-harta yang tidak boleh dihibahkan.


Harta Sepencarian


Dokumen pengistiharaan harta sepencarian oleh suami untuk isteri maksimum 50%.


Hibah


Dokumen pengistiharaan pemberian harta tak alih atau saham syarikat kepada seseorang tanpa batasan agama.


Pelantikan Pemegang Amanah


Untuk memudahkan anak2 bawah umur.


SASARAN UTAMA


Perkhidmatan kami adalah khas untuk orang Islam sahaja dan amat penting bagi mereka yang:-

1. Tidak mempunyai anak atau


2. Mempunyai anak angkat atau


3. Mempunyai anak perempuan sahaja atau


4. Mempunyai nilai asset yang tinggi atau


5. Berhasrat untuk membahagikan harta mengikut kaedah formula pembahagian sendiri.


6. Mahu mewariskan harta mereka dengan Cepat, Tepat dan Selamat.


7. Pentingkan kehendak Syara’ dalam mewariskan harta pusaka.


8. Ingin melaksanakan pesanan Rasulullah seperti terkandung didalam khutbah terakhir

baginda mengenai Harta.


8. Mempunyai waris berlainan agama. (Muallaf)


9. Berpoligami


10. Tiada waris terdekat


11. Ingin menurun milik harta kepada cucu. (Waris Patah Titi)


12. Ingin menjaga kepentingan anak istimewa


13. Ingin menjaga kepentingan anak bawah umur.


14. Sudah lanjut usia tapi tak berkahwin.


15. Mempunyai anak berlainan ibu atau bapa


PESAINGAN


Kami merupakan 'Industry Player' dalam Pewarisan Harta (Perancangan & Harta Pusaka Islam) saperti Syarikat Amanah & Syarikat Guaman. Cuma kami berbeza dari segi pendekatan untuk membantu menyelesaikan masalah umat Islam dengan lebih sistematik dan 'Personalised' yang banyak memudahkan waris.


PENUTUP


Proses pengurusan harta pusaka orang Islam tidaklah semudah yang disangkakan oleh ramai orang.Ia melibatkan pelbagai agensi dan proses yang rumit. Pengalaman menunjukkan bahawa apabila berlaku kematian, ramai waris tidak tahu apa yang mesti di buat, kemana harus mereka pergi dan apa proses yang akan mereka lalui. Kebanyakan daripada waris langsung tidak mempunyai idea apa yang patut dilakukan. Tambah menakutkan apabila mereka selalu diberitahu bahawa proses tuntutan harta pusaka menelan perbelanjaan yang banyak. Di atas sebab itu lah maka kami telah mengambil langkah yang innovatif untuk muncul sebagai pemain penting dalam industri ini dengan menawarkan perkhidmatan secara Peribadi dan Syariah supaya segala cabaran yang di hadapi oleh umat Islam selama ini dapat di atasi dengan mudah dan cepat.Mudah mudahan masalah harta beku yang selama ini merugikan umat Islam dapat di atasi atau dikurangkan dari semasa ke semasa.

Nota: Pinjaman akan diuruskan untuk mereka yang layak ************************************************************* Keterangan Lanjut Hubungi

Hj. Aezman Shaharuddin
(H/P: 013-3976548) email : aezmans@yahoo.com.my PERUNDING PEWARISAN HARTA