Friday, January 30, 2009

ILMU FARAIDH SEBAGAI KUNCI PERANCANGAN HARTA




Assalamualaikum wrt. wbt.,

Di dalam sebuah Hadith Sahih, Nabi ada bersabda yang maksudnya berbunyi "Pelajarilah Ilmu Faraidh dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati.Ketika itu akan berlakulah dua orang yang akan berselisih faham tentang harta pusaka tapi tidak ada orang yang dapat menyelesaikannya." Di atas maksud hadith tersebut, yakinlah bahawa nabi menyeru dan memberi penekanan supaya umat Islam mengambil berat tentang ilmu faraidh bukan sekadar untuk mengetahui tentang ilmu nasab dan pembahagian serta pengiraan harta sahaja tapi yang pentingnya untuk mengelakkan umat Islam dari termakan harta yang batil iaitu harta waris lain, harta anak yatim dan hak simati. Hukum termakan hak orang terutamanya anak yatim adalah berat siksaannya. Ibarat memakan ketulan api neraka. Bagi yang mengambil cuma sejengkal dari tanah jirannya pun siksaannya adalah sangat berat. Tanah kubur kiri dan kanan akan menghimpit kedua tulang rusuk hingga berkecai. Begitulah dahsyatnya siksaan bagi mereka yang memakan harta yang batil. Dan sekiranya kita benar-benar yakin dengan hadith tersebut maka marilah kita mengambil langkah yang proaktif untuk memulakan langkah yang pertama bagi kita menyelamatkan diri kita dan waris tersayang dari terjebak dengan dosa yang akan dibebankan atas bahu kita kelak ketika di 'Yaumul Mahsyar'. Oleh itu dapatkanlah maklumat yang telus supaya segala harta anda dapat di wariskan dengan mudah, tepat, cepat dan selamat. Dan segala hutang simati dapat diselesaikan secepat mungkin.Ketahuilah bahawa Harta Beku Negara kini telah meningkat lebih dari RM40 Billion dan elakkanlah harta anda juga akan menyumbang terus kepada peningkatan harta beku ini. Ketahuilah juga bahawa proses tuntutan harta pusaka adalah sangat rumit, memakan masa dan juga mahal kalau tersilap langkah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment